Ubat Kuat

Adakah anda pernah nampak iklan ditepi jalan yang mempromosikan Ubat Kuat? Ada yang memberi jaminan ubat kuat tersebut mempunyai sijil kesihatan serta suci dan halal bagi orang Muslim. Pernah kah anda cuba menghubungi penjual ubat kuat tersebut?

Sebenarnya mereka bukan sahaja ingin mempromosikan ubat kuat tersebut. Ini kerana mereka juga cuba mempromosikan bisnes sampingan mereka iaitu Tukang Urut Istimewa yang diimport khusus dari negara jiran iaitu Indonesia dan juga China.

Majalah Harmoni 1-15 Jun 2009 melaporkan pada tahun 2007, tiga lelaki dari Pulau Pinang telah membeli ubat kuat yang kononnya dihasilkan daripada zakar buaya di Chow Kit dengan harga RM50 bagi 20 kapsul. Salah seorang mangsa mendakwa telah mengalami kebas dan kejang badan selepas makan dua kapsul sebelum melakukan hubungan intim dengan isterinya. Manakala, seorang lagi terpaksa dirawat di hospital selama dua hari selepas makan ubat kuat tersebut.

Kenapa lelaki zaman sekarang begitu teruja untuk mendapatkan ubat kuat? Adakah mereka tidak cukup kuat sehingga perlukan sesuatu untuk menambahkan kehebatan di ranjang? Menurut Dr Ismail Tambi dalam Akhbar Kosmo, sikap kemaruk terhadap ubat kuat bukan sahaja dialami oleh lelaki berusia sebaliknya, ia turut membabitkan lelaki muda termasuklah golongan remaja.

Kebanyakan lelaki mengambilnya bukan sahaja untuk kepuasan diri sendiri malahan dijadikan lambang kekuatan dan kekuasaan si lelaki. Ini ditambah pula dengan kegiatan seks rambang yang melibatkan golongan muda sehingga mereka berlumba-lumba mendapatkan ubat kuat yang semakin berlambak di pasaran.

Menurut pengarang Majalah Harmoni, Nurul Huda Zulkifli, ramai yang tidak mengetahui dengan mengamalkan pengambilan ubat kuat boleh mengundang padah, iaitu mati pucuk atau Disfungsi Efektif. Malahan, bagi golongan muda yang mangambilnya tidak terkecuali daripada berdepan dengan risiko mati pucuk walaupun pada usia 20an.

Kajian juga menunjukkan bahawa, masalah seksual lelaki perlukan rawatan ZAKAR terlebih dahulu, bukannya dengan memakan UBAT KUAT dan terus bersama Isteri anda!!! Dengan memakan ubat kuat yang tidak diketahui kandungan dan bahan2 di dalamnya, boleh merosakkan sistem badan anda, terutama buah pinggang.