Dilema mati pucuk, ejakulasi pra-matang

Soalan:
SAYA berumur 41 tahun dan memiliki tiga anak. Sejak akhir-akhir ini, ada sedikit masalah terhadap alat sulit saya. Ia tidak boleh menegang keras seperti biasa. Jika tegang pun, cepat sampai klimaks dan terus terpancut dalam keadaan yang tidak tegang 100 peratus.

Adakah ini salah satu keadaan dipanggil mati pucuk atau ada penyakit lain? Bolehkah saya mengambil ubat PDE5 untuk mengatasi masalan ini?

Bapa Anak Tiga

Jawapan:
SAYA dapati anda mempunyai dua masalah. Masalah pertama ialah zakar tidak boleh menegang keras seperti biasa. Masalah ini dikenali sebagai erectile dysfunction atau mati pucuk. Masalah kedua saudara ialah cepat sampai klimaks. Masalah ini dikenali sebagai ejakulasi pra-matang atau premature ejaculation.

Kedua-dua masalah ini boleh berlaku secara berasingan atau serentak (bersama-sama). Masalah ini kerap berlaku terutama apabila seseorang mencecah usia 40-an. Untuk merawat masalah mati pucuk, saudara boleh mengambil ubat-ubatan dari jenis PDE5-inhibitors seperti Levitra, Viagra atau Cialis.

Bagaimanapun, ubat ini adalah ubat-ubatan terkawal. Oleh itu, saudara perlu berjumpa dengan doktor atau pakar urologi untuk mendapat preskripsi.

PDE5-inhibitors dapat membantu anda mendapatkan semula ereksi tegang dan keras dengan kaedah meningkatkan aliran darah kepada zakar. Bagaimanapun, jika saudara mengambil ubat jantung dari kumpulan nitrates, anda tidak boleh mengambil PDE5-inhibitors.

Selain PDE5-inhibitors, ada kaedah lain untuk merawat masalah mati pucuk. Ini termasuk penggunaan pam vakum dan suntikan intracavernosal.

Untuk makluman saudara, masalah mati pucuk boleh berpunca dari pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit kencing manis dan darah tinggi. Ia juga mempunyai kaitan rapat dengan penyakit jantung.

Jika saudara masih belum menjalani pemeriksaan kesihatan yang lengkap, saya ingin menasihatkan anda berjumpa doktor untuk melakukan saringan penyakit yang dinyatakan tadi.

Ada pelbagai cara merawat masalah ejakulasi pra-matang. Teknik seperti squeeze technique, start stop technique dan sensate focus boleh saudara pelajari dan amalkan bersama pasangan.

Selain itu, saudara boleh menggunakan krim atau gel anestetik seperti Lignocaine. Gel ini perlu disapu pada kepala zakar dan dibiarkan selama tiga hingga lima minit. Selepas itu, saudara perlu membasuh kepala zakar sebelum melakukan penetrasi. Saudara juga boleh meletakkan gel ini dalam sarung kondom sekiranya menggunakan kondom.

Gel ini bertindak mengurangkan sensasi kepada kepala zakar. Ini adalah salah satu cara melambatkan proses ejakulasi. Ini kerana, salah satu punca masalah ejakulasi pra-matang adalah disebabkan kepala zakar yang terlalu sensitif kepada rangsangan dan sentuhan. Lignocaine gel boleh didapati di farmasi tanpa memerlukan preskripsi doktor.

Saudara juga boleh mengamalkan senaman kegel untuk menguatkan otot pelvis dan membantu melambatkan proses ejakulasi.

Selain itu, ubat-ubatan dari kumpulan SSRI seperti Prozac dan Zoloft juga boleh digunakan untuk merawat masalah ini. Tetapi ubat-ubatan dari kumpulan SSRI ini mempunyai banyak kesan sampingan dan saudara perlu berbincang dengan doktor sebelum menggunakannya.
petikan berita harian

Inginkan ZAKAR KERAS ZAKAR PANJANG ZAKAR TAHAN LAMA DISINI

No comments: