SAYA sudah berumah tangga dan mengalami masalah ejakulasi awal. Apabila bersama isteri, ejakulasi berlaku dalam masa tidak sampai seminit.
Benarkah penggunaan gambir Sarawak dapat membantu masalah ini? Jika boleh digunakan, adakah ia memberi kesan sampingan?
BIE | Subang Jaya.
SEBAHAGIAN besar lelaki yang cepat tewas ketika bersetubuh dapat menanganinya dengan menumpukan tahap ereksi di samping dapat meningkatkan daya kawalan ejakulasi.
Teknik mengemut (seperti menahan membuang air besar atau kecil) juga dapat membantu melambatkan ejakulasi. Jika mahir dalam teknik ini, anda masih dapat mengekalkan ereksi walaupun sudah berlaku ejakulasi.
Ada di kalangan mereka yang masih gagal menggunakan gel anaesthetic (hanya boleh dibeli dengan kebenaran doktor) untuk disapu pada penghujung zakar untuk mengebaskannya. Bagaimanapun, ia tidak begitu sesuai kerana sebelum memasukkan zakar ke dalam faraj, ubat berkenaan perlu dibersihkan dulu. Jika tidak, faraj pula menjadi kebas!
Gambir Sarawak ialah jenis ramuan yang mengandungi bahan herba dan kimia yang disapu pada penghujung zakar selepas mencampurkannya dengan air sejuk. Selepas beberapa minit, hujung zakar terasa pijar, panas dan tidak selesa.
Rasa tidak selesa itu kononnya dapat memberi ereksi yang padat dan tidak selesa. Jadi apabila dimasukkan ke dalam faraj, sudah tentu dapat bertahan lama.
Bagaimanapun, sebelum itu gambir Sarawak perlu dibersihkan dulu. Jika tidak, isteri terasa panas pada farajnya (seperti terkena cili api kerana gambir Sarawak mengandungi bahan itu).
Kesan sampingannya ialah kulit penghujung zakar akan menggelupas dan mungkin boleh melecet. Jika terkena faraj wanita, mungkin selepas bersetubuh dia mengipasnya pula!
Saya nasihatkan anda berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar. Mungkin ada cara yang lebih mujarab dan tidak memerlukan pengunaan krim atau bahan pengebas.
Dapatkan Tip Dan Teknik DiSini
No comments:
Post a Comment